Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ketepikan keluarga dari politik keji, gesa PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa ahli politik supaya tidak membabitkan anggota keluarga dalam dunia politik mereka.

"Ini adalah sesuai dalam sebuah negara demokrasi moden, Anda boleh berbahas mengenai perbezaan dasar daripada segi kelemahan pelaksanaan.

najib at police function 231011 najib abdul razak “Tetapi ketepikan keluarga anda atau mengeksploitasi hal keluarga untuk kepentingan politik sendiri," kata Najib selepas perhimpunan perdana bersama perdana menteri dengan pesara dan bekas polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib mengulas keberangan pemimpin politik Pakatan Rakyat dan juga masyarakat di negara ini berhubung dakwaan beberapa blog pro-Umno yang memfitnah anak remaja ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada rakan kelasnya.

Selain Lim, dan pengetua sekolah anaknya itu, pada Jumaat lalu, gadis yang didakwa oleh blog pro-Umno menjadi mangsa pencabulan oleh anak Lim juga tampil menafikan dakwaan itu.

Najib, bagaimanapun berkata prinsip supaya tidak membabitkan anggota keluarga dalam dunia politik mesti terpakai kepada kedua-dua parti pemerintah dan juga pembangkang.

najib lim guan eng cycle event 250911 3 "Saya tidak tahu fakta kes ini, tetapi jika awak mahu ada beberapa etika untuk mengketepikan keluarga, maka semua termasuk pembangkang mesti mematuhi perkara itu.”

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, juga seringkali dibidas oleh pembangkang kerana didakwa boros berbelanja dan hidup secara mewah.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik oleh agensi berita nasional Bernama memilih mempertahankan penulis blog itu dan dilaporkan sebagai berkata: "Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS