Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelumba mati terjatuh: MotoGP Malaysia dibatalkan
Diterbitkan:  Oct 23, 2011 5:00 PM
Dikemaskini: 1:32 PM

Pelumba San Carlo Honda Gresini dari Itali, Marco Simoncelli, telah meninggal dunia dalam kemalangan dahsyat pada perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Pihak penganjur mengesahkan pelumba MotoGP berusia 24 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di Pusat Perubatan SIC.

Marco Simoncelli of Italy 1 Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur SIC dan Dorna Sports, iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia selepas kemalangan berlaku pada pusingan kedua.

"Punca kematian disebabkan trauma di bahagian kepala, leher dan dada. Apabila pegawai perubatan kami tiba, beliau tidak sedarkan diri. Petugas perubatan telah memberi bantuan pemulihan pernafasan (CPR) dalam ambulans.

"Sebaik tiba di pusat perubatan, beliau diinkubasi. Malangnya, kami tidak dapat membantunya. Pada pukul 4.56 petang, beliau meninggal dunia," kata Pengarah Perubatan MotoGP Dr Michele Macchiagodena pada sidang media di Sepang.

Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas jentera Honda yang ditunggangi oleh Simoncelli luncur merentas trek lalu terbabas sebelum dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Ucapan takziah

Sementara itu, Pengerusi SIC, Datuk Mokhzani Mahathir sedih dengan insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Simoncelli dan pasukannya.

mahathir in heart institute ijn 091106 mokhzani "Anda tidak boleh memberi jamin 100 peratus perlumbaan yang selamat dalam mana-mana perlumbaan permotoran.

"Anda terdedah kepada bahaya apabila berlumba. Sebagai profesional, mereka mengetahui MotoGP adalah bahaya. Percaya atau tidak itu sahaja mereka berjuang. Takziah kami kepada Marco (Simoncelli). Pemergiannya amat dirasai," kata Mokhzani kepada wartawan Malaysia dalam sidang media berasingan.

Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dalam kenyataan berkata ekoran kemalangan itu, Simoncelli dibawa oleh ambulans ke pusat perubatan di litar itu di mana petugas perubatan memberi bantuan pemulihan pernafasan.

"Meskipun usaha mereka, Marco (Simoncelli) malangnya meninggal dunia pada pukul 4.56 petang.

"Semua yang terbabit dalam MotoGP menyampaikan takziah kepada keluarga mendiang, rakan dan pasukannya atas kehilangan dahysat itu," kata FIM.

Rambut afro

Di kalangan komuniti MotoGP dan peminat, Simoncelli lebih dikenali dengan gaya rambut afronya.

Beliau memulakan karier dalam perlumbaan motosikal pada 2002 dalam kelas 125cc sebelum melangkah ke kelas 250cc pada 2006.

girlfriend of Marco Simoncelli of Italy following his fatal crash 1 Beliau pernah menjuarai gelaran dunia 250cc pada 2008.

Pada tahun lalu, beliau beralih ke kelas MotoGP dan menamatkan musim itu dengan tempat kelapan keseluruhan dan tahun ini, beliau menduduki tangga keenam dengan 139 mata.

Kematian Simoncelli merupakan kejadian pertama dalam kelas MotoGP sejak pelumba Honda, Daijiro Kato dari Jepun terbunuh pada perlumbaan GP Jepun 2003.

Seorang lagi pelumba Jepun, Shoya Tomizawa turut maut dalam kemalangan sama dalam acara Moto2 tahun lalu.

- Bernama

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS