Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengerusi bersama Perhimpunan Sejuta Umat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan di Shah Alam hari ini tetap merupakan satu kejayaan walau jumlah kehadiran peserta tidak seramai yang diharapkan sebelum ini.

Tambahnya, peserta perhimpunan itu juga berlangsung dengan tenang tetapi tetap bersemangat.

Mohd Azmi at post Himpun PC "Dengan tenang mendengar tapi dengan semangat, kenyataan

bahawa kita minta saudara kita hormati, negara ini letakkan kedudukan Islam kedudukan istimewa," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan itu berakhir lewat petang ini.

Dianggarkan seramai 5,000 orang hadir di perhimpunan berkenaan di Stadium Shah Alam.

Menurutnya, perhimpunan hari ini juga berjaya memandangkan tiada insiden berlaku, walau terdapat pihak yang menyatakan kebimbangan terhadap perhimpunan itu.

"Saya tak berani kata berapa ribu tapi perhimpuan itu sendiri lambang perpaduan Islam supaya dipelihara daripada ketegangan agama," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas tindakan penganjur yang merampas satu risalah yang telah diedarkan ketika perhimpunan itu berlangsung petang ini.

himpun rally crowd in shah alam stadium booklet cover Risalah berkenaan adalah berhubung dakwaan Kristianisasi yang

dijalankan oleh NGO Harapan Komuniti - kumpulan yang bertanggungjawab menganjurkan makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama Ogos lalu.

Ditanya dalam sidang media tersebut, Mohd Azmi menegaskan risalah itu tidak disokong oleh HIMPUN.

Tambahnya, sepuluh perkara yang dalam resolusi HIMPUN hari ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu dan juga kerajaan negeri.

Katanya, masyarakat Islam berhak untuk berhimpun hari ini dan 10 perkara itu juga berhak dituntut oleh golongan itu, "tanpa perasaan permusuhan."

Beliau seterusnya menjelaskan, "musuh Islam" yang sering dibangkitkan dalam ucapan pemimpin NGO berkenaan merujuk kepada "dunia global."

"Islam telah menjadi masalah dalam pergerakan Zionis. Ianya satu fakta umum, siapa melihat Islam sebagai sasaran."

Katanya lagi, kenyataan itu juga bukan bertujuan untuk mengutuk mana-mana agama sahaja.

himpun rally crowd 1 "Kita ada bukti bahawa terdapatnya pergerakan Evangelical di dalam negara ini dan kita ada bukti dalam satu kajian.

"Memang Islam dijadikan sasaran dan ini sikap permusuhan ke atas Islam," katanya yang merujuk tulisan berhubung pergerakan itu dalam buku Armies of God.

Mohd Azmi berkata, kewujudan pergerakan mubaligh berkenaan di negara ini, seperti didakwa dalam buku tersebut, menunjukkan tiadanya penguatkuasaan undang-undang yang tegas untuk menghalang penyebaran agama lain ke atas orang Islam.

"Kita rasa tiada penguatkuasaan yang serius.

"Kita telah berdepan dengan keadaan yang membuktikan satu gereja dengan jelas telah menyebarkan (ajaran agama lain) kepada seorang Islam, tapi tiada tindakan," katanya yang enggan menamakan gereja terlibat.

   

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS