Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gaddafi mati akibat cedera parah, kata pegawai NTC
Diterbitkan:  Oct 20, 2011 7:32 PM
Dikemaskini: 12:26 PM

Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis Peralihan Nasional (NTC).

pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini dilaporkan berkata  Gaddafi  telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang Nato.

"Dia juga terkena tembakan di kepalanya ," kata para pegawai. " Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati. "

Pegawai kanan tentera NTC juga berkata menteri pertahanan Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr terbunuh sewaktu penangkapan bekas pemimpin Libya itu.

NONE Sebelum ini, AP melaporkan pejuang Libya dilaporkan mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Gaddafi di ibu kota Sirte.

Ini menjadikan semua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.

Wartawan yang berada di tempat kejadian berkata, serangan terakhir bermula jam 8 pagi hari ini bertujuan mengambil alih baki lokasi yang masih dipertahankan penyokong kuat Gaddafi sebelum ia berakhir dalam tempoh 90 minit kemudian.

Sebelum serangan itu, menurut wartawan terbabit, lima kenderaan yang dipenuhi dengan penyokong Gaddafi kelihatan cuba melarikan diri menerusi laluan lebuh raya.

Bagaimanapun, katanya, mereka terbunuh dalam serangan yang dilakukan pejuang revolusi negara itu, sebelum operasi mencari baki pejuang Gaddafi yang masih bersembunyi diteruskan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS