Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zul Noordin cabar Aziz Bari bertanding dalam PRU
Diterbitkan:  Oct 18, 2011 10:59 AM
Dikemaskini: 4:24 AM

Kontroversi berhubung kenyataan pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari mengenai titah Sultan Selangor menunjukkan tiada tanda-tanda akan berakhir dengan terbaru ahli parlimen Kulim Bandar Bharu Datuk Zulkfili Noordin pula mencabar supaya perdebatan diadakan.

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Zuulklifi berkata bersedia untuk berdebat profesor undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa itu.

anwar qazaf case at syariah court 070110 zulkifli nordin Bagaiamanapun, bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, semalam, Zulkifli ( kanan ), berkata beliau hanya sedia berbuat demikian jika Abdul Aziz terlebih dahulu memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

“Saya sedia sahut cabaran dia untuk berdebat di mana sahaja dia hendak. Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan, minta maaf dengan Sultan Selangor dahulu sebab majoriti berpendapat kenyataan beliau mempertikai titah tuanku sebagai kurang ajar dan biadab,” katanya dipetik Utusan .

Selain berpendirian bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadab, Zulklifi berkata ia juga bercanggah dengan kedudukan profesionnya sebagai seorang pensyarah.

Letak jawatan

“Justeru dia perlu letak jawatan,” katanya dipetik akhbar milik Umno itu.

Sementara itu, akhbar Berita Harian pula memetik Zulkifli membuat cabaran supaya pakar perlembagaan itu bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

NONE “Saya cabar Aziz bertanding pilihan raya di Kulim Bandar Baharu atau di mana-mana kawasan yang dia suka jika benar dia mahu menjadi ahli politik. Dia mesti berani meletak jawatan sebagai ahli akademik dan bertanding atas nama parti apa sekali pun.

“Saya tiada halangan dan bersedia menanti Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang. Dia akan tahu untung nasibnya dan boleh balik ke kampungnya di Sabak Bernam,” katanya dipetik Berita Harian.

Ini bukan kali pertama pemimpin Umno dan media miliknya membidas profesor itu dan menuntut supaya beliau mengundurkan diri.

Cabaran supaya Abdul Aziz meletak jawatan sebagai pensyarah undang-undang UIA turut disuarakan Senator Mohd Ezam Noor apabila bekas ketua Pemuda PKR itu menyifatkan Aziz tidak neutral.

Mohd Ezam berkata, bukti dimilikinya juga menunjukkan Andul Aziz banyak menerima habuan parti pembangkang khususnya dalam pembayaran royalti membabitkan beberapa buku tulisannya terbitan Institut Kajian Dasar (IKD) yang ada kaitan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE “Aziz sudah membuktikan dirinya tidak neutral sebagai ahli akademik dan condong menyokong parti pembangkang dengan menggunakan kedudukannya. Dia memang banyak mendapat keuntungan daripada Anwar dan sebab itu, kenyataan politiknya sentiasa menyebelahi parti pembangkang.

“Saya juga cabar Aziz mendedahkan jumlah royalti diterimanya baru-baru ini menerusi buku tulisannya kerana jumlahnya amat lumayan,” katanya dipetik Berita Harian .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS