Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terlibat dengan program yang didakwa memberikan kerakyatan untuk warga asing untuk didaftar sebagai pengundi.

bangi resort foreigners citizenship 121011 "Setakat ini, tiada maklumat berhubung sebarang program itu sama sekali dalam dua atau tiga hari ini," kata pegawai perhubungan awamnya Jainisah Mohd Nor said.

Ketika dihubungi Malaysiakini , Jainisah juga menolak dakwaan pegawai jabatan itu kelihatan bertemu warga asing yang datang dengan enam bas di Masjid Putrajaya sebelum tiba di resort berdekatan.

"(Dakwaan bahawa) pegawai kami bertemu (dengan warga asing)... Tiada maklumat sebegitu, tiada perkara sebegitu," katanya.

Tiada sindiket, dalam apa pun bentuk, untuk mengeluarkan kad pengenalan MyKad biru kepada kumpulan itu, jelasnya lagi.

pas mazlan aliman expose on migrant workers getting citizenship ic 121011 "Kami tidak terlibat kerana menurut undang-undang negara ini, kamu tidak boleh mudah-mudah berikan kerakyatan," kata Jainisah.

Semalam, sekumpulan kira-kira 240 orang yang dipercayai pendatang dikepung oleh penyokong PAS. Pintu pagar resort itu didakwa berkunci ketika kejadian.

Anggota jawatankuasa PAS Mazlan Aliman mendakwa warga asing yang majoritinya daripada Indonesia itu didatangi seorang yang mengakui pegawai JPN yang kemudiannya mengiringi pendatang itu keluar daripada resort.

[Baca berita penuh]

ADS