Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: 'Video hotel baru' bagi tutup kepincangan Bajet
Diterbitkan:  Oct 11, 2011 1:39 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

PKR hari ini memnbidas taktik kotor pihak-pihak yang membocorkan satu lagi klip video seks yang didakwa memaparkan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, naib presiden PKR N Surendran, tindakan terdesak itu cuma satu langkah untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 yang disifatkan sebagai bahaya dan lemah.

"Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya.

 

Semalam, blog-blog pro-Umno memamparkan video yang menggambarkan seorang lelaki yang hanya bertuala sedang bersiap sedia untuk mengadakan hubungan seks. Blogger Papa Gomo mendakwa video itu dirakamkan di sebuah hotel di daerah Patpong yang terkenal dengan aktiviti maksiat dii Bangkok, Thailand.

Surendran mendakwa video terbaru yang muncul beberapa bulan selepas video oleh kumpulan tiga yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Datuk T’, mempunyai pendekatan yang sama dengan konspirasi Umno-BN yang licik.

anwar four frame video 030611 "Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak  sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS