Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu berhubung tuntutan untuk mengganti Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor telahpun diselesaikan secara "demokratik."

"Kita beri mandat penuh kepada Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya kepada wartawan di bangunan parlimen hari ini.

NONE Tambahnya, beliau juga sering mendengar rungutan demi rungutan untuk menukar ketua umum dan juga menteri besar.

"Tapi kita tidak boleh ketepikan pandangan mereka. Kita dengar dan keputusannya adalah untuk menyokong Khalid," katanya lagi.

Ditanya bilakah keputusan itu dibuat, Anwar berkata perkara itu merupakan satu "isu lama" tetapi timbul semula "baru-baru ini."

Isu berkenaan timbul apabila dilaporkan satu laman web bahawa hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh.

Malah, lapor laman AntaraPos.com , terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu mahu pimpinan parti menggugurkan Khalid daripada jawatan menteri besar.

AntaraPos.com diasaskan sekumpulan bekas editor TVSelangor yang juga bekas kakitangan kerajaan negeri melalui Menteri Besar Incorporated.

Laman web itu juga mendakwa Anwar Ibrahim akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalankan tuntutan pimpinan itu.

Bagaimanapun, lapor laman web itu lagi, Wan Azizah enggan berbuat demikian, menyebabkan timbul keresahan di kalangan wakil rakyat yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS