Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua yuran, bayaran di sekolah k'jaan dimansuhkan
Diterbitkan:  Oct 7, 2011 7:17 PM
Dikemaskini: 1:19 PM

Mulai sesi persekolahan tahun depan, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma.

Sehubungan itu,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 mengumumkan semua bentuk yuran dan bayaran akan dimansuhkan.

NONE “Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.

“Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan.

“Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma,” katanya.

Menurut Najib, pemansuhan semua bayaran itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Beliau juga memberi jaminan kerajaan akan memastikan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik dengan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

Sehubungan itu, kerajaan mengumumkan sektor pendidikan akan diperuntukkan RM50.2 bilion bagi tahun 2012 dan daripada jumlah itu, RM1.9 bilion diperuntukkan untuk pembangunan.

azlan Wang itu, menurut perdana menteri, akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

“Sebagai tambahan, peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

“Daripada peruntukan tersebut, RM500 juta kepada Sekolah Kebangsaan, RM100 juta disediakan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM100 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, RM100 juta Sekolah Mubaligh, RM100 juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains MARA,” katanya.

“Ilmu pengetahuan adalah tonggak kepada pembikinan sesebuah tamadun dan pelapik asas bagi mencapai kecemerlangan.

“Jadinya, untuk menuju aspirasi negara maju berpendapatan tinggi, kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan sistem pendidikan yang dapat melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi, mempunyai daya kreativiti serta berinovatif,” katanya semasa pembentangan hampir dua jam itu.

azlan Menurut Najib, sektor swasta turut memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang.

Oleh itu, kerajaan mencadangkan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajarandan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberikan beberapa galakan.

Antaranya, pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun.

“Potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing; dan ketiga: Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan pembelajaran.

“Kerajaan berharap, dengan adanya penjimatan kos ini kepada pengendali sekolah swasta, sebagai imbal balas dapatlah dikurangkan sedikit yuran sekolah para pelajar, agar beban para ibu bapa dapat diringankan,” katanya.

azlan Najib juga mengumumkan potongan cukai kepada orang ramai yang menyumbang kepada institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar, termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama.

Tindakan itu bagi menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah

tersebut.

“Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada semua tempat-tempat ibadat yang berdaftar. Kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat,” katanya.

ADS