Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Di sebalik ikrar menjadi "negara demokrasi terbaik di dunia", namun pentadbiran BN tidak melihat alasan kukuh bagi menarik balik pengharaman terhadap BERSIH 2.0 - gabungan NGO yang menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

fong po kuan and chong chien jen walkout suspended from parliament 061108 04 Dalam jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan pertubuhan itu masih kekal pertubuhan haram menurut Akta Pertubuhan 1966.

Ini berikutan BERSIH 2.0 didakwa "bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah  dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum".

Menurut menteri itu, aktiviti itu cuba dilakukan melalui:

  • menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan denagn mengedarkan risalah tertentu; dan
  • aktiviti-aktivitinya yang memberi kesan negatif kepada imej negara, bahkan boleh mengancam, menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

"Sehingga kini, BERSIH masih lagi kekal sebagai pertubuhan haram," kata Hishammuddin lagi.

perkasa visit kdn on isa 290911 hishamuddin Beliau juga menambah, status BERSIH 2.0 tidak berubah dengan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Fong dalam soalan bertulisnya meminta menteri dalam negeri menyatakan asas pengisytiharan haram itu sedangkan jawatankuasa pilihan kas bagi mengkaji sistem pilihan raya ditubuhkan.

Jawatankuasa yang ditubuhkan semalam membabitkan sembilan ahli parlimen yang terdiri daripada lima daripada BN, tiga dari Pakatan Rakyat dan seorang wakil Bebas.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Menteri, Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dan ahlinya terdiri daripada Datuk Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Fong Chan Onn dan P Kamalanathan.

Pakatan Rakyat pula semalam mengumumkan pihaknya akan diwakili oleh Azmin Ali, Dr Hatta Ramli dan Antony Loke.

Manakala Bebas diwakili oleh ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

azlan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS