Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Lim mesti menghadap Sultan, buktikan keikhlasan'
Diterbitkan:  Oct 3, 2011 1:17 PM
Dikemaskini: 5:21 AM

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didesak membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor dengan menghadap baginda setelah membuat kenyataan memburuk-burukkan negeri itu, kata ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

“Sebagai rakyat Johor, saya cabar Guan Eng datang sendiri menghadap Sultan, bukannya membuat permohonan maaf melalui suratk khabar sahaja,” katanya di petik Utusan Malaysia hari ini.

azlan Lim didakwa memburuk-burukkan Johor pada satu lawatan kerjanya ke Singapura dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Johor tidak selamat kepada pelancong dan seseorang mungkin diculik di negeri itu berbanding di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun telah memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Iskandar yang melahirkan rasa kecewa baginda berhubung kenyataan itu.

“Beliua kena buktikan keikhlasan ucapan maaf itu dan tunjukkan yang beliau benar-benar insaf menyatakan sedemikian,” kata Ahmad.

Berikutan rasa tidak puas hati dengan permohonan maaf itu, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu (PPPM) bertindak membakar patung kertas Lim di Kulaijaya, semalam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS