Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lynas: Fuziah adu pada s'jaya sekuriti Australia
Diterbitkan:  Sep 28, 2011 6:50 PM
Dikemaskini: 11:07 AM

Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh membuat aduan kepada pihak berkuasa Australia, terhadap Lynas Corporation Ltd, yang didakwanya melakukan "penipuan korporat" melalui tindakannya yang mengelirukan para pelabur.

NONE Aduan tersebut terkandung dalam surat bertarikh 27 September

kepada Suruhanjaya Pelaburan dan Sekuriti Australia (ASIC) cawangan Wales New South.

Fuziah mendakwa, dalam laporan suku tahun kedua bagi tahun berakhir 30 Jun 2011, Lynas telah menggariskan strategi ke arah memenuhi 11 perakuan panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebelum kerajaan Malaysia mengeluarkan lesen operasi kepada syarikat berkenaan.

Lynas telah membina loji memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Tiga perakuan utama mesti dipenuhi Lynas adalah berkaitan dengan penyerahan dokumen berhubung pelan pelupusan kekal sisa, pelan penyahtauliahan loji, dan meningkatkan komunikasi dengan pihak-pihak terlibat "tentang bagaimana ia akan menjamin keselamatan radiologi terhadap orang awam dan alam sekitar "

Bagaimanapun, naib presiden PKR itu berkata, tiada dokumen

yang didakwa oleh Lynas itu, didedahkan kepada umum, ataupun berunding dengan mereka dalam merangka pelan tersebut.

NONE "Namun, Lynas mendakwa telah memenuhi 'Perakuan 10' IAEA dalam meningkatkan komunikasi dengan pihak-pihak yang terlibat," kata Fuziah dalam suratnya.

"Kami menganggap percanggahan ini sebagai sesuatu penipuan korporat untuk mengelirukan para pelabur.

"Dengan berbohong mengenai penglibatannya dengan pihak  awam, Lynas telah memandang remeh risiko bantahan penduduk tempatan apabila loji itu siap untuk operasi pada akhir tahun ini," kata Fuziah.

"Pelabur mempunyai hak untuk mendapat maklumat yang betul bagi memudahkan mereka membuat keputusan.

"Oleh itu, kami menggesa Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia memaksa Lynas membuat pembetulan terhadap laporan suku tahunannya, atau untuk mendedahkan kepada umum, semua dokumen yang dikemukakan," tambahnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS