Di sebalik transkrip wawancara radio Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dengan Lim Guan Eng membuktikan bahawa ketua menteri Pulau Pinang itu tidak membuat sebarang ulasan berhubung rekod keselamatan di Johor, namun beliau didapati memburuk-burukkan negeri itu pada pertemuan dengan wartawan asing di Singapura.
Rakaman audio yang dikatakan beliau mencaci Johor telah disiarkan oleh berita TV3 Buletin Utama malam semalam.
Stesen televisyen milik Umno itu mendakwa bahawa Lim membuat kenyataan berkenaan semasa ceramah majlis makan tengah hari dengan Persatuan Wartwan Asing Singapura pada 12 Ogos lalu.
Sambil berbangga dengan keselamatan Pulau Pinang, Lim dilaporkan berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik apabila mereka pergi ke Johor.
Berikut adalah transkrip penuh rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:
"... ia (Pulau Pinang) jelas lebih bersih, lebih hijau dan juga lebih selamat. Kita bercakap mengenai keselamatan dalam usaha mengurangkan indeks jenayah. Pulau Pinang adalah nombor satu tahun lalu dalam pengurangan jenayah. Kami berjaya mengurangkan jenayah sebanyak 37 peratus tahun lalu dan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kami berjaya mengurangkan sebanyak 25 peratus jenayah.
"Jadi, anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda berkemungkinan akan diculik. Tanya mana-mana rakyat Singapura, mereka akan tahu, tetapi anda tidak akan hadapi masalah itu apabila datang ke Pulau Pinang."
Laporan itu muncul selepas setiausaha agung DAP itu menafikan beliau ada membuat sebarang ulasan memburuk-burukkan rekod keselamatan negeri-negeri lain semasa diwawancara di Australia.
Pejabat Lim juga menyediakan pautan ke transkrip rasmi temuduga yang dijalankan oleh wartawan ABC, Cameron Wilson bagi program ehwal semasa Connect Asia bagi menyangkal bahawa dia telah membuat apa-apa kata-kata menghina di negeri-negeri lain.
Lim juga menuntut permohonan maaf tanpa syarat dari agensi berita nasional Bernama bagi laporan berita yang memetik Lim, semasa temu bual dengan ABC, mengatakan bahawa Johor tidak adalah sebuah negara yang selamat di mana penculikan adalah perkara biasa, tidak seperti Pulau Pinang.