Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tentang hudud: PAS sedia harungi PRU tanpa DAP
Diterbitkan:  Sep 26, 2011 12:34 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Kedudukan Pakatan Rakyat akan diperkuatkan jika DAP sanggup mempertimbangkan cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan tidak terikat dengan obsesi menentangnya, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

NONE Malah katanya, tindakan itu akan memperakui kepelbagain di negara ini.

“Seperkara yang menarik, Kelantan adalah unik. Rakyat memilih PAS sejak dari tahun 1990 dan berjaya mempertahankan negeri itu meskipun hanya mempunyai kelebihan majoriti satu kerusi pada pilihan raya umum 2004. Rakyat Kelantan juga setia bersama PAS apabila negeri-negeri lain memilih untuk bersama dengan Umno-BN.

“Oleh itu, mampu bertahan walaupun berseorangan adalah antara ciri-ciri unggul bagi negeri Kelantan dan rakyatnya,” kata Aziz dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakini .

Justeru, menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, berdasarkan latar belakang berkenaan adalah reaksi Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mempertahankan supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

“Saya rasa rakyat cuba menyampaikan mesej supaya berhati-hati melayani kehendak mereka. Mereka mahu bersama dengan seluruh rakyat Malaysia tetapi pada masa yang sama mengingatkan rakan senegara yang lain supaya menghormati pilihan mereka,” katanya lagi.

Tinggalkan DAP

Menurut Aziz, Umno, DAP, MCA dan Gerakan mungkin takut dengan hukum hudud tetapi tidak bagi rakyat Kelantan yang mengundi PAS sejak tahun 1990.

azlan Katanya, masalahnya sekarang adalah jelas bukan kerana PAS cuba memaksa orang bukan Islam dan rakyat luar dari Kelantan untuk menerima hukum hudud.

“Sebaliknya, masalah sebenar adalah mereka yang menentang hukum hudud cuba memaksa rakyat Kelantan untuk bercerai atau melupakan pilihan mereka untuk menerima hudud,” katanya.

Menurut Aziz, beliau membuat andaian PAS kali ini bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP, jika sekutunya berkeras menentang pelaksanaan hukum hudud.

Walaupun tanpa DAP, Aziz berkata PAS masih mempunyai sokongan sekutunya PKR dan juga Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri daripada masyarakat bukan Islam.

"Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

Bukan Islam rasional

"Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja," katanya lagi.

dap agm ipoh 170109 Sehubungan itu, Aziz mengingatkan pemimpin DAP bahawa bertentangan dengan apa yang mereka dakwa, bahawa tiada apa-apa jua dalam perlembagaan persekutuan yang melarang permohonan hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

“Umno mengambil pendirian itu tetapi disokong bersama oleh DAP, MCA dan Gerakan berhubung pelaksanaannya. Hipokrasi tulen yang cukup mudah,” akhirinya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS