Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penerbit video 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung arahannya melarang siaran pengumuman khidmat awam (PKA) itu di stesen TV tempatan, sebagai "melampau".

pete teo story Ini, kata Teo, kerana SKMM melarang siaran PKA itu sebelum ia disiarkan pun.

"Setakat ini, hanya NTV7 menyiarkan versi satu minit sebagai

bahan berita, kami hanya akan berbincang dengan stesen TV minggu depan (untuk menyiarkannya sebagai iklan penuh)," katanya.

Awal hari ini, dalam satu kenyataannya, SKMM berkata arahan penarikan video 'Undilah' adalah kerana PKA itu masih belum mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem untuk disiarkan di televisyen.

Teo, bagaimanapun, hairan tentang tidak menerima kelulusan sedangkan beliau tidak pernah memohonnya kepada FCB.

Nurul Izzah in undilah video "Kami belum dapat kelulusan kerana kami tidak memohonnya. Tidak perlu memohonnya kerana kita belum lagi berbincang dengan pihak penyiar.

"Soalnya, mengapa SKMM mengeluarkan arahan meminta penyiar tidak menggunakan PKA itu sebelum kami berbincang dengan mereka (pihak penyiar)?" katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS