Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekumpulan belia mengisytiharkan mengambil alih pentadbiran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) daripada pentadbiran lama yang diterajui bekas menteri Tan Sri Abdul Hamid Albar.

NONE Kumpulan yang diketui Akramshah Muammar Ubaidah Sanusi ( kiri ) membuat pengumuman itu setelah memasuki ibu pejabatnya di Kuala Lumpur dan memulakan tugas kelmarin.

Akramshah mendakwa, pengambilalihan pentadbiran itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada pemimpin veteran MAYC dan hasil interaksinya dengan bekas presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).

"Mereka berpendapat hanya pergerakan belia (boleh menggerakkan). Jika tidak bergerak, jadi bukan belialah. Kita ambil pengajaran itu, dan memutuskan untuk bergerak," katanya.

Krisis kepimpinan MAYC berlarutan sejak setahun lalu apabila dua kumpulan mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) sendiri bagi memilih pemimpin masing-masing.

NONE Kumpulan Syed Hamid memilih Mustaffa Mat Arop sebagai presiden manakala sebuah lagi kumpulan memilih Akramshah.

Kedua-dua AGM itu bagaimanapun dibatalkan Pendaftar Pertubuhan Belia dan isu itu berlarutan sehingga dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan diadukan kepada perdana menteri.

Dalam sidang media di pejabat gabungan kelab belia itu hari ini, Akramshah berkata beliau sedia berdepan dengan kumpulan Abdul Hamid sekiranya tindakan mereka itu menimbulkan pertikaian.

Bagaimanapun, tambahnya, mereka juga masih boleh mempertikaikan usaha pentadbiran terdahulu untuk membantu belia yang lain.

"Jika mempertikaikan pergerakan kami, kami juga boleh mempertikaikan mereka," katanya lagi.

ADS