Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebuah episod program halehwal semasa 'Siasat' edisi Cina stesen ntv7 milik Media Prima yang disiarkan setiap hari Khamis, telah dilarang disiarkan malam tadi.

Tiada penjelasan yang diberikan berhubung keputusan mengejut untuk tidak menyiarkan episod tersebut, yang bertajuk "Saya mahu ke sekolah".

ntv7 siasat programme banned 230911 04 Sebaliknya ia digantikan dengan siaran semula episod lama siri 'Siasat' selama 30 minit yang disiarkan pada jam 11.30 malam setiap hari Khamis.

Pasukan produksi 'Siasat' mengumumkan perubahan siaran di halaman Facebooknya malam tadi, tanpa memberi apa-apa penjelasan.

Beberapa pengunjung Facebook mengesyaki ia disebabkan campurtangan politik atau kawalan media.

Sumber ntv7 memberitahu Malaysiakini pasukan produksi itu menerima arahan dari 'pihak tertinggi' stesen TV tersebut pada hari Rabu, bahawa dokumentari "Saya mahu ke sekolah" itu tidak perlu disiarkan.

Mereka tidak memberi sebarang alasan, tambah sumber itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS