M Murugan - satu-satunya yang tidak mengaku salah terhadap tuduhan menyertai perhimpunan haram semasa perhimpunan Hindraf pada November 2007, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Murugan, 47, dijatuhkan hukuman 14 hari penjara hari dan denda RM2, 000 oleh Hakim Mohamad Sekeri Mamat.
Murugan adalah satu-satunya daripada lebih 100 orang, yang
berdepan dengan tuduhan yang sama di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam, yang mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Manakala sebahagiannya - yang mengaku salah sewaktu perbicaraan mereka separuh jalan - berkata mereka berbuat demikian kerana kesulitan untuk menghadiri perbicaraan mahkamah.
Mereka diperintahkan untuk membayar denda antara RM750 hingga RM1,500.
Hakim Sekeri membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan dan mengekalkan jumlah bon.
Bagaimanapun, penanggguhan pelaksanaan hukuman tidak diberikan bagi denda sebanyak RM2,000 itu.
[Baca berita penuh]