Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika tubuh Lawrence Selvananthan masih menjadi rebutan antara jabatan agama Islam dan keluarga Kristiannya, rakan-rakan si mati dikatakan mengambil tindakan sendiri menyempurnakan mayatnya tengah hari semalam.

Difahamkan bahawa rakan si mati, yang membawa mayatnya ke gereja di Seremban untuk upacara persemadian, memutuskan membakarnya dan meyimpan abunya di Segamat.

NONE Situasi itu bagaimanapun memungkinan mereka menghadapi tindakan undang-undang oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), menurut anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson Ravi Munusamy yang bertindak sebagai orang tengah.

Ravi ( kiri ) berkata, pegawai polis muncul di kediaman keluarga Lawrence di Lukut sekitar waktu tengah malam untuk menyerahkan arahan mahkamah syariah, memaklumkan tindakan akan dikenakan pada mereka.

Status agama Lawrence, 33, yang baru meninggal dunia mencetuskan kekeliruan pada keluarganya apabila JHEINS datang ke rumah menuntut mayatnya semalam atas alasan si mati memeluk Islam tiga hari sebelumnya.

Situasi itu menimbulkan ketegangan antara keluarga dan kira-kira 30 pegawai pihak berkuasa agama dan pegawai polis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS