Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'PM mungkir janji dengan pendakwaan Mat Sabu'
Diterbitkan:  Sep 21, 2011 1:35 PM
Dikemaskini: 5:51 AM

Pendakwaan ke atas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu atas tuduhan mempertikaikan kejadian sebenar yang berlaku di Bukit Kepong membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ikhlas dengan reform demokrasi yang dijanjikannya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONE “Antara janji perdana menteri sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta ISA baru-baru ini ialah tiada tangkapan kerana politik akan dilakukan.

“Belumpun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu,” selar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

Minggu lalu Najib mengumumkan kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

“Apakah Mohamad Sabu boleh dianggap mengancam keselamatan negara dengan hanya satu ucapan begitu? Mohamad Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan oleh media pro Umno, yang kemudiannya dengan sengaja mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.

NONE "Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik? Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata,” katanya lagi.

Utusan dalam laporan muka depannya 29 ogos lalu menyiarkan pemimpin PAS itu mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Media arus perdana, khususnya yang dimiliki Umno teus membiadsnya dan melabel Mohamad sebagai penyokong komunis.

mingguan malaysia 280811 mat sabu dikecam Tuan Ibrahim juga mempersoalkan keikhlasan kerajaan yang kerana tidak bertindak ke atas Professor Zainal Kling dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kerana membuat kenyataan yang  implikasinya jauh lebih besar dengan mendakwa “negara tidak pernah dijajah”.

“Kalau dikira, isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Sabu hanya berkaitan satu peristiwa iaitu peristiwa Bukit Kepong berbanding perisytiharan yang dilakukan oleh Majlis Profesor Negara (MPN), tentulah perisytiharan MPN itu mempunyai kesan lebih besar kepada rakyat dan negara.

"Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling ( bawah, kiri )?” soalnya.

zainal kling Tuan Ibrahim turut merumuskan kemelut sejarah yang berlaku dengan cara yang lebih mudah difahami dengan menyatakan, “Secara ringkasnya ini yang berlaku, Mohamad Sabu menyatakan Mat Indera sebagai hero pejuang kemerdekaan, tapi Umno dan medianya memutar-belit kenyataan beliau kepada ‘Mohamad Sabu menyokong komunis’ dan menyebarkannya ke merata tempat.”

Sedangkan, kata beliau, apa yang diminta oleh beliau ialah kajian semula fakta sejarah perjuangan pra kemerdekaan dengan membawa contoh peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera.

Kenyataan Mohamad Sabu mengenai status Mat Indera, kata  Tuan Ibrahim bukannya cakap kosong sebab ia dapat disahihkan dengan adanya kebenaran oleh beberapa sumber rujukan – sebuah buku berjudul ‘Pengukir Nama Johor’,  kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973, ada juga pengakuan kawan dan ahli keluarga Mat Indera.

pengukir nama johor mat sabu 050911 “Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau - sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa ‘negara pernah dijajah British.

"Ini kerana mereka ini sudah tersalah memahami sejarah negara kerana mempercayai kesilapan buku sejarah keluaran Kementerian Pelajaran, sekiranya apa yang secara dinyatakan secara teknikalnya oleh Professor Zainal Kling dan Dr Mahathir adalah betul.

"Takkan pula waris-waris kepada mereka yang pernah bekerja di bawah kerajaan sebelum 31 Ogos 1957 dan kerajaan hendak membuat laporan polis dan mendakwa semua pelajar yang menyatakan negara ini pernah dijajah oleh British?” sindir beliau.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS