Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Buat bantahan jika tak puashati filem 'Nasi Lemak 2.0'
Diterbitkan:  Sep 16, 2011 10:35 PM
Dikemaskini: 2:39 PM

Pihak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 arahan individu yang pernah mencetuskan kontroversi, Namewee, boleh mengemukan bantahan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Menteri berkenaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    

NONE Beliau berkata bantahan boleh dibuat kepada pihaknya untuk dinilai memandangkan kementerian itu turut bertanggungjawab dari segi penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem KDN.

    

"Sekiranya ada perkara yang tidak kena boleh kemukakan kepada kita untuk penilaian dan kajian kerana ia memang di bwah KDN pun," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri BN Kapar di Klang hari ini.

    

Beliau diminta mengulas bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat  Didahulukan Negeri Perak terhadap penayangan filem itu, yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda.

    

Presidennya Faizal Affendi Hashim berkata pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip `Negarakuku' yang menghina lagi kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

    

Bagaimanapun, Hishamuddin berkata pihaknya masih belum menerima sebarang lapora mengenai perkara itu.\

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS