Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada adab pakai baju gambar manusia ketika solat
Diterbitkan:  Sep 15, 2011 6:22 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Memakai pakaian seperti kemeja-T yang mempunyai gambar wajah manusia ketika bersolat dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah, sungguhpun hukumnnya makruh, menurut pendapat beberapa ulama dari Universiti Al-Azhar di Mesir.

Naib Menteri Wakaf Mesir, Dr. Salem Abdul Jalil yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar (QNA) berkata, walaupun solat itu sah kerana rukunnya telah sempurna, namun memakai kemeja-T seperti itu tetap merupakan sesuatu yang makruh dan sangat dibenci.

"Ia bukan sahaja dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah SWT, malah ia merupakan perkara yang melalaikan seseorang daripada menunaikan solat dengan khusyuk, khususnya apabila solat itu didirikan secara berjemaah.

azan islam call to prayer "Imam Abu Hanifah An-Nu”man (Imam Mazhab Hanifah) memakai sebaik-baik pakaian sebelum menunaikan solat malam, dan ketika ditanya beliau menjawab ”sesungguhnya Allah SWT melihat aku”,” katanya dalam laporan yang disiarkan dalam akhbar “The Egytian Today”.

Seorang lagi ulama Al-Azhar, Dr Sami Abdel Fattah juga menyifatkan solat dengan berpakaian sedemikian merupakan perkara yang tidak sopan.

Beliau menguatkan lagi kenyataannya dengan melarang orang Islam memakai pakaian yang mempunyai gambar wajah manusia semasa menunaikan solat.

Sementara itu, anggota Akademi Penyelidikan Islam Mesir Dr AbdalMattiy Bayoumi berkata, tujuan mendirikan solat ialah supaya setiap individu bertaqwa.

"Tidak mungkin seseorang itu dapat memperoleh taqwa daripada solat yang didirikan melainkan jika dia menunaikannya dengan tenang dan damai,” katanya.

- Bernama

ADS