Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tukar agama pelajar: Hindu Sangam mahu jumpa PM
Diterbitkan:  Sep 15, 2011 11:12 AM
Dikemaskini: 8:01 AM

Pertubuhan Hindu Sangam Malaysia (MHS) membidas dakwaan pembabitan kakitangan sebuah kolej tempatan di Perlis yang bersama-sama anggota Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) mengislamkan pelajar India di negeri itu.

multiple religious religion icons 181207 Dalam satu kenyataan media semalam, presiden MHS RS Mohan Shah melahirkan rasa terkejutnya bahawa tiga pensyarah kolej berkenaan didakwa berperanan mengislamkan seorang pelajar perempuan, apabila tugas hakiki mereka adalah untuk mengajar.

"Ini amat mengecewakan, bagi ahli-ahli kakitangan akademik terlibat dalam penukaran agama pelajar apabila mereka sepatutnya menjaga kepentingan agama, budaya dan sosial pelajar-pelajar mereka untuk memastikan perpaduan, keamanan dan keharmonian di kalangan pelajar dalam berbilang kaum di institusi pendidikan tinggi, "kata Mohan Shah.

Pensyarah dan anggota JAIP "tidak mematuhi undang-undang," katanya.

"MHS memandang serius kejadian ini dan akan melanjutkan perkara ini kepada perhatian menteri pendidikan tinggi dan juga perdana menteri untuk tindakan sewajarnya," kata Mohan Shah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS