Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Umno Selangor hari ini memfailkan saman terhadap setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi responden berhubung dakwaannya Umno menjadi dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bulan lalu.

umno saman pas, harakah Saman itu menuntut pampasan RM10 juta dari setiap responden berhubung kenyataan Mustafa itu yang disiarkan oleh akhar rasmi PAS - Harakah - serta menuntut pemohonan maaf untuk disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Lima lagi responden ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (timbalan presiden), Angkatan Edaran Enterprise (pencetak), Ahmad Lutfi Othman (ketua pengarang Harakah) dan wartawan Khairul Azlam Mohamad.

Bagaimanapun, Hadi dan Mohamad dianggap sebagai satu responden kerana kedua-duanya mewakili pemimpin tinggi PAS dalam saman tersebut.

Selangor Umno liaison committee secretary Mohd Zin Mohamed Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed memfailkan saman tersebut di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam kira-kira jam 11.50 pagi ini.

Menurut saman tersebut, Mustafa - yang juga pemegang permit Harakah - didakwa mengeluarkan "kata-kata fitnah" yang diterbitkan dalam Harakah edisi bertarikh 19 Ogos hingga 21 Ogos 2011.

Artikel itu bertajuk 'Pas akan dedah bukti, Umno main peranan operasi JAIS'.

"Tuduhan-tuduhan tersebut tersebut sangat serius di mana menyebabkan kehinaan dan keaiban kepada plaintif oleh khalayak ramai dan masyarakat awam, baik di Malaysia dan antarabangsa," saman itu dipetik.

Umno Selangor juga turut memohon injunksi mahkamah untuk menghalang Mustafa - defenden pertama - atau pembantunya atau ejennya daripada menerbit atau menyebabkan penerbitan "kata-kata fitnah" itu di media cetak atau elektronik.

Dalam sidang media selepas itu, Mohd Zin berkata saman terpaksa diambil oleh Umno negeri itu untuk mempertahankan diri walaupun pihaknya beberapa kali menyatakan kesediaan untuk menyelesaikan di luar mahkamah dengan permohonan maaf.

Tetapi, katanya, tawaran itu ditolak oleh PAS.

Sehubungan itu, katanya, mahkamah menetapkan 28 September ini sebagai tarikh pengurusan kes saman tersebut.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS