Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menjelang PRU, PM timbang reformasi ISA
Diterbitkan:  Sep 13, 2011 4:36 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Beberapa pindaan dijangka dibuat oleh Perdana Menteri berhubung  undang-undang keselamatan negara bagi menjamin kebebasan bersuara yang lebih luas.

Ia juga sekali gus bagi mempercepatkan reformasi bagi mendekatkan dirinya dengan pengundi menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

azlan Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang mengkaji pindaan bagi membataskan kuasa menteri dalam negeri dan mengurangkan tempoh penahanan awal di bawah akta ISA, lapor Reuters hari ini dengan memetik sumber.

Tambah sumber itu lagi, perdana menteri dijangka membuat pengumuman berhubung pembaharuan itu pada Khamis nanti.

 "Langkah itu bagi mencari keseimbangan di antara kebebasan sivil dan keselamatan negara yang menjadi ikrar kerajaan.

"Yang penting,  kita lakukan ini sebelum pilihan raya umum akan datang," kata sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri pula enggan mengulas berhubung perkara itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS