Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis menyoal siasat dua wartawan akhbar web PAS Harakahdaily berhubung penyiaran se buah laporannya mengenai tokoh kontroversi Mat Indera.

police quiz harakahdaily 13092011 editor azmi yusof Pengarang Azmi Yusof ( kiri ) dan Pengarang Berita Mohd Nazri Abdullah disoal siasat dua pegawai polis berpangkat ASP dan sarjan daripada balai polis Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Nazri, artikel yang disiasat disiarkan dalam web itu pada 5 September, berjudul "Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor".

Artikel itu antaranya mengulas buku keluaran Yayasan Warisan Johor (YWJ) Pengukir Nama Johor yang dipetik Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi mempertahankan dakwaan bahawa Mat Indera wira sebenar dalam tragedi Bukit Kepong.

mat indera generic 060911 Dalam artikel yang nama penulisnya tidak disebut itu, Mohd Nazri berkata, siasatan ditumpukan kepada dua perenggan dalam artikel itu berhubung petikan dari buku Pengukir Nama Johor dan dakwaan negatif terhadap polis Bukit Kepong.

Dalam perenggan ketujuh, Harakahdaily memetik tulisan di akhir biografi ringkas Mat Indera yang menyebut Mat Indera sewajarnya diabadikan sebagai pejuang, bukan petualang.

Kandungan buku yang dipetik Harakahdaily itu berbunyi:

"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya, dan emosinya demi bangsa dan negara.

NONE "Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang."

Dalam perenggan terakhir pula, Harakahdaily melaporkan Mat Indera bertanggungjawab mengarahkan serangan di rumah pasung Bukit Kepong "tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina".

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas disoal siasat hampir sejam dari 11.40 pagi hingga 12.30 tengah hari di pejabat Harakahdaily di Kuala Lumpur, Mohd Nazri berkata, polis asalnya turut mahu merakamkan kenyataan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong tetapi membatalkannya.

Mohd Nazri berkata, perkara itu mungkin disebabkan tiada keperluan berbuat demikian pada masa ini.

police quiz harakahdaily 13092011 news editor mohd nazri abdullah "Siasatan cuma hendak tahu siapa bertanggungjawab dapat berita ini, dari mana dapat cerita ini," katanya lagi.

Tambahnya, polis juga bertanyakan kepada mereka sama ada fakta tersebut ditokok tambah, direka-reka atau dibuat berdasarkan kesimpulan sendiri.

"Kami beri kerjasama dan pertahan laporan itu," katanya sambil memberitahu siasatan itu dibuat ekoran terdapat laporan polis dibuat terhadap artikel itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS