Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR dakwa program RM2b ATM tiada 'roadmap'
Diterbitkan:  Sep 12, 2011 11:58 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

PKR mendakwa mendapat maklumat mengejutkan mengenai program Network Centric Operations (NCO) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM2 bilion dianugerahkan secara runding terus oleh Kementerian Pertahanan kepada sebuah syarikat terkenal.

Dua naib presidennya juga mendakwa, hingga saat ini, PKR difahamkan projek itu masih belum mempunyai ' roadmap ' yang memuatkan program ini dalam keperluan kerangka pertahanan negara di masa hadapan.

tian chua nurul izzah 080911 "Apakah keberkesanan program sebegini jika hala tuju tidak ditetapkan dari mula?

"Adakah ketiadaan 'roadmap' ini bermakna perbelanjaan projek akan melambung tinggi tanpa had, dan pihak mana yang bakal mengambil peluang keuntungan atas ketiadaan hala tuju mahupun had perbelanjaan buat NCO?" soal Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Menurut mereka, program NCO bermaksud untuk mengintegrasikan semua aplikasi sistem, pengesan, sistem arah dan kawal serta persenjataan dalam tempoh masa dua atau tiga tempoh Rancangan Malaysia (10-15 tahun).

Beberapa perkara lagi yang didakwa berlaku dalam pengendalian projek itu, ialah:

  • 'Keperluan Staf Am' (KESAM) yang meliputi setiap keperluan perkakasan dan perisian yang termasuk dalam projek NCO tidak disiapkan mahupun diluluskan sebelum projek dilaksanakan. Ini menunjukkan projek itu tidak melalui proses pemeriksaan tata kelola atau tadbir urus yang telus dan rapi.

  • Kajian daya maju teknikal untuk sistem P4 (Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan & Perisikan), iaitu sistem 'Command and Control' (C2) sedia ada masih dalam kajian, tetapi PKR difahamkan pihak syarikat berkeras untuk membangunkan sistem C2 yang baru.
  • Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin itu menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan menghentikan projek NCO itu sehingga persoalan-persoalan ini terjawab.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    ADS