Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pagi: Keadaan jerebu tidak banyak berubah
Diterbitkan:  Sep 11, 2011 11:38 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Sebanyak 38 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara yang baik manakala 11 kawasan lagi sederhana dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 7 pagi ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.

Lima kawasan mencatat IPU terendah ialah ILP Miri Sarawak (21) Alor Setar, Kedah (22) dan Sarikei, Sarawak (26), Paka, Terengganu (28) dan Wilayah Persekutuan Labuan (32), kata JAS dalam laman webnya.

Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya.

Menurut JAS keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.

- Bernama

                                       


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS