Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Majlis Profesor Negara (MPN) berkata pegawai kerajaan, termasuk polis dan tentera Melayu yang bertugas sebelum kemerdekaan, bukan pegawai British dan tidak boleh dikatakan berkhidmat untuk Ratu England.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN Profesor Dr Zainal Kling berkata, polis dan tentera British hanya merujuk kepada anggota pasukan itu yang dibawa masuk dari luar dan mempunyai kewarganegaraan Britain sahaja.

british coldstream guard Katanya, ini ekoran status British yang masuk ke Tanah Melayu bukan sebagai penjajah tetapi sebagai penaung kepada negeri dan pemerintahan Raja Melayu yang kekal sehingga sekarang.

"Jadi semua pegawai yang diambil pada zaman itu sampai sekarang adalah pegawai negeri Melayu yang dibayar gaji oleh negeri Melayu dan dikatakan pegawai negeri Melayu.

"Maka semua polis, tentera dan pemimpin politik kita, pada masa itu adalah pegawai negeri Melayu," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sehubungan itu, Zainal berpendapat pegawai polis yang berkhidmat di Johor termasuk ketika peristiwa Bukit Kepong adalah pegawai yang bekerja dengan kerajaan negeri itu.

Salah, amat serong, tidak betul

"Oleh kerana kuasa polis kita adalah kuasa persekutuan, kuasa pemerintah adalah (bawah) pesuruhjaya tinggi British pada masa itu, jadi nak menuduh mereka itu pegawai British dan wajib dibunuh maka itu satu tafsiran yang salah, amat serong dan tidak betul," katanya.

bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gun Zainal menjawab soalan pemberita berhubung sama ada pegawai polis yang berkhidmat untuk Ratu British sewaktu peristiwa Bukit Kepong yang berlangsung pada tahun 1950.

Isu sejarah peristiwa Bukit Kepong hangat diperkatakan susulan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dilapor mendakwa pejuang yang terlibat menyerang "polis British" sebagai wira termasuk Mat Indera.

Zainal juga berkata, dakwaan menyatakan dua pemimpin awal Umno Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai pegawai British adalah salah kerana "mereka adalah pemimpin negara".

MPN merupakan majlis bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang ditubuhkan tahun lalu bagi memberi pandangan berhubung perkara berbangkit berkaitan sejarah.

Ia dianggotai kira-kira 1,600 profesor daripada pelbagai institut pengajian di seluruh negara.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS