Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Agihan kerusi Pakatan Johor temui jalan buntu

Rundingan peringkat negeri Johor antara DAP dan PKR berhubung agihan kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya umum akan datang, telah menemui jalan buntu.

DAP dikatakan gagal mendapat persetujuan rakannya dalam Pakatan Rakyat itu untuk menyerahkan beberapa kerusi yang mahu ditandinginya atas alasan peluangnya untuk menang adalah lebih cerah.

NONE Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau menulis dalam Twitter

bahawa pihaknya ada masalah dengan PKR yang didakwanya mahukan jumlah kerusi melebihi apa yang mampu ditandingi.

Ketika dihubungi, Boo yang juga ADUN Skudai berkata, DAP mahukan agihan yang sama rata bagi 26 kerusi Parlimen di Johor tetapi PKR tidak mahu menyerahkan beberapa kerusinya kepada DAP.

"Saya fikir ianya adil... PKR mempunyai 11 kerusi (Parlimen)... ia patut beri satu atau dua kerusi kepada DAP," katanya.

Dalam pilihan raya umum lalu, daripada 26 kerusi Parlimen di Johor, DAP bertanding enam kerusi dan PAS lapan kerusi, dan PKR 11 kerusi.  Satu lagi kerusi dimenangi BN tanpa bertanding.

Menurut Boo, PKR keberatan menyerahkan kerusi tersebut kerana bimbang DAP akan muncul parti dominan di Johor dan menjejaskan 'imbangan kaum".

Sebaliknya, kata beliau, kebimbangan dalam Pakatan yang DAP akan menjadi lebih menyerlah adalah tidak berasas.

Boo menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak sihat kerana kemenangan parti itu adalah untuk Pakatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa kepimpinan baru Pakatan supaya bekerja dalam budaya Pakatan.

 
Bagaimanapun, Boo yang juga ketua pembangkang di DUN Johor, menegaskan pihaknya tidak menghadapi masalah serius dengan PAS yang menurutnya, telah bermurah hati untuk melepaskan beberapa kerusinya.

"PAS bersedia menyerahkan kira-kira enam kerusi DUN kepada PKR dan DAP," katanya.

DAP dijangka bertanding 15 kerusi DUN di Johor dalam pilihan raya umum yang akan datang - bertambah daripada 12 kerusi pada 2008.

pkr congress 271110 jimmy chua jui meng

Pakatan perlu menang besar di Johor - yang merupakan kubu kuat BN - jika ia mahu menawan Putrajaya.

Sementara itu, pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui PKR Meng,

Ketika dihubungi, sebaliknya menafikan rundingan agihan kerusi di Johor menemui jalan buntu.

"Kita sudah berunding dan bersetuju tentang sebahagian besar kerusi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, baki kerusi yang gagal dicapai kata sepakat, akan diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi Pakatan.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS