Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengakui bahawa kegagalannya mengemaskini pengkalan data menyebabkan satu lagi kes orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi.

Seorang jurucakap JPN, Jainisah Mohd Noor berkata, pengundi yang memegang kad pengenalan sementara (kad pengenalan hijau) itu sebenarnya merupakan seorang warganegara.

azlan Pegawai berkenaan berkata, semakan yang dijalankan JPN menunjukkan bahawa pengundi berkenaan, Yusnati Haris, 27, telah diberikan status kewarganegaraan pada 2008.

Tambahnya, Yusnati masih disenaraikan sebagai pemegang kad pengenalan hijau kerana pengkalan data yang boleh diakses oleh masyarakat umum itu tidak dikemaskini.

Bercakap ketika dihubungi pada awal minggu ini, Jainisah menjelaskan bahawa beliau masih menunggu penjelasan dari jabatan teknologi maklumat JPN berhubung perkara itu.

Ketika dihubungi, seorang lagi pegawai dari Suruhanjaya Pilihan Raya turut menyalahkan JPN kerana tidak mengemaskini pengkalan data tersebut.

Masalah seperti ini mula dikesan dalam kes melibatkan seorang pengundi yang meraih kontroversi apabila dikesan dalam data JPN sebagai seorang penduduk tetap tetapi disenaraikan sebagai pengundi dalam rekod pengundi SPR.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS