Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan membawa isu sejarah kemerdekaan, khususnya berhubung tragedi Bukit Kepong dalam sidang parlimen akan datang.

NONE "Ini adalah topik penting, akan kami bawa (ke parlimen). Isu menulis semula sejarah kemerdekaan negara akan menjadi topik utama PAS, di samping isu-isu lain.

"(Perkara) ini, kami  akan terus perjuangkan tentang sejarah kemerdekaan negara supaya ditulis dengan adil dan tepat," katanya yang juga anggota parlimen Kubang Kerian.

Sementara menunggu temp oh itu, tambahnya lagi, kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa kabinet membincangkan penulisan semula sejarah kemerdekaan negara dan PAS sedia menghantar wakil.

"Jika Umno ikhlas, perdana menteri tubuh satu jawatankuasa kabinet untuk tulis semula sejarah negara.

"Kita boleh hantar wakil kita, ahli sejarah kita, untuk terlibat sama. Tapi (kena) ikhlaslah," kata Salahuddin.

Katanya, jawatankuasa itu boleh turut dianggotai pihak lain.

Mustafa: Pendirian PAS tolak komunis

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau menyifatkan gesaan itu sebagai "tawaran terbuka PAS".

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara itu, Mustafa menegaskan PAS berpendirian "menolak komunis dan tidak m enyokong pendirian komunis".

Ditanya tentang sumbangan komunis menuntut kemerdekaan daripada British, Mustafa (bawa)  tetap menegaskan PAS menolak ideologi dan perjuangan aliran berkenaan.

pas mustafa ali pc 090609 "Saya tidak bercakap tentang komunis hari ini. Sebab kami telah menolak perjuangan komunis, dan menolak ideologi komunis.

"(Apa) yang kita cakap adalah perjuangan kemerdekaan (dan) Mat Indera adalah salah satu contoh di samping (tokoh) lain," katanya.

Mengulas sejarah perjuangan kemerdekaan, Mustafa berkata ramai, bukan pemimpin Umno sahaja yang menentang British berdasarkan "kerjasama aman", terdapat juga sumbangan pihak lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

"Tetapi sejarah (kemerdekaan) semacam dirampas, (iaitu) pejuang kemerdekaan hanya pemimpin Umno. Itu yang tidak tepat.

"Kita juga tidak menafikan mereka juga berjuang untuk kemerdekaan, tetapi jangan menafikan (atau) mengetepikan perjuangan mereka yang lain yang telah dimulakan oleh PKMM," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS