Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ong pertahankan kenyataan 'Cina dipinggirkan'
Diterbitkan:  Aug 31, 2011 9:18 PM
Dikemaskini: 1:26 PM

Bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini mengesahkan beliau ada memaklumkan kepada diplomat Amerika Syarikat bahawa masyarakat Cina di negara ini berpendapat mereka dipinggirkan tetapi menegaskan beliau hanya menyampaikan sentimen masyarakat itu.

"Saya tegaskan bahawa komen-komen saya itu sebahagian besarnya berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya berhubung sentimen dan persepsi masyarakat Cina susulan kenyataan (Menteri Mentor) Lee Kuan Yew dari Singapura bahawa orang Cina di negara ini dipinggirkan," katanya.

NONE Lee (kiri) pada September 2006 semasa mesyuarat Bank Dunia - Dana Kewangan Antarabangsa di Singapura berkata masyarakat Cina di kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia dipinggirkan - satu kenyataan provokatif terhadap penduduk Cina di sebalik tambak itu.

"Jiran kami, kedua-duanya mempunyai masalah dengan orang Cina. Mereka amat sukses. Mereka berjaya dan rajin dan oleh itu, secara sistematik mereka dipinggirkan," kata Lee.

Diplomat Amerika kemudian meminta ulasan dan pendapat Ong yang berkata masyarakat Cina di negara ini memang menyedari bahawa mereka dipinggirkan.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Ong menafikan bahawa kenyataannya berhubung "saki-baki" dan “sisa serbuk” merujuk kepada projek-projek pembangunan kerajaan.

Katanya, perkara itu  adalah sesuatu yang diluahkan oleh masyarakat perniagaan Cina.

Teh Hong Piow public bank anniversary 3 "Huraian metafora 'saki-baki' dan 'sisa serbuk' adalah kata-kata sebenar yang saya petik daripada beberapa tokoh korporat tertentu yang secara kebetulan dikongsi bersama oleh beberapa  peniaga kecil di kawasan saya sendiri mengenai isu itu pada September 2006," katanya.

Ong mengulas isu itu, selepas Malaysiakini Isnin lalu melaporkan kabel rahsia antara Washington dan kedutaannya di Kuala Lumpur yang didedahkan oleh portal pembocor maklumat  Wikileaks memperincikan mesyuarat bekas presiden MCA itu dengan pegawai-pegawai kedutaan.

Menurut kabel itu, Ong yang adalah presiden MCA ketika itu, mengakui bahawa masyarakat Cina di negara ini turut dipinggirkan tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana terikat untuk menyokong kerajaan, khususnya Umno yang memerintah negara.

sunway pyramid Ong juga dipetik sebagai berkata bahawa "dulu, MCA pernah mendapat saki-baki, tetapi sekarang hanya berharap mendapatkan cebisan sisa daripada Umno.

Dalam mempertahankan kenyataan yang dibuatnya kepada diplomat Amerika berkenaan, Ong yang juga ahli parlimen Pandan, berkata beliau memilih tidak menghebohkan apa yang diperkatakannya itu kerana yakin, perkara tersebut akan menimbulkan kegusaran dalam MCA.

"Sepanjang perbualan, pandangan peribadi yang saya luahkan ialah penilaian saya berhubung  sokongan masyarakat Cina kepada BN/MCA pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Saya langsung tidak optimistik.

"Malangnya, apa yang saya sifatkan sebagai hakisan sokongan masyarakat Cina benar-benar menjadi kenyataan dan berubah menjadi gelombang besar tsunami politik pada pilihan raya umum 2008.”

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS