Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gantirugi tunai jika tangguh penerbangan lebih 4 jam
Diterbitkan:  Aug 25, 2011 1:39 PM
Dikemaskini: 6:57 AM

Mulai November ini, para penumpang pesawat syarikat-syarikat penerbangan yang mengalami masalah penundaan masa penerbangan melebihi empat jam akan berhak mendapat gantirugi wang tunai Rp300,000 (kira-kira RM107) setiap orang dari syarikat terbabit.

    

Perkara ini terkandung dalam Peraturan Menteri Perhubungan, yang baru di tandatangani Menteri Perhubungan Freddy Numberi pada 8 Ogos, akhbar harian Kompas melaporkan hari ini.

    

Laporan itu memetik Ketua Pusat Komunikasi Awam kementerian, Bambang Ervan sebagai berkata bahawa peraturan baru itu akan berkuatkuasa tiga bulan setelah ia ditandatangani.

    

"Mulai November ini, penumpang boleh membawa kes ke mahkamah jika syarikat penerbangan berkenaan tidak membayar gantirugi. Kalau dari pihak kami, dendanya berbentuk pentadbiran," katanya.

    

Denda pentadbiran yang dimaksudkan ialah pembekuan permit perniagaan selama 14 hari jika syarikat penerbangan terbabit tidak mematuhi surat peringatan sebanyak tiga kali berturut-turut.

    

Dalam peraturan sebelum ini, syarikat penerbangan hanya dikehendaki memberi minum dan makanan ringan serta makan tengah hari atau makan malam kepada para penumpangnya jika masa penerbangan ditunda lebih tiga jam.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS