Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno S'gor bakal saman fitnah Mustafa Ali RM10j
Diterbitkan:  Aug 22, 2011 4:01 PM
Dikemaskini: 8:59 AM

Umno Selangor akan memulakan proses saman fitnah RM10 juta terhadap setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali yang menuduh parti itu mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas.

    

Setiausaha badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata tindakan itu diambil selepas Mustafa enggan memohon maaf secara terbuka seperti yang diminta Umno Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan 16 Ogos lepas.

    

NONE "Sempena dengan semangat Ramadan, kami bersedia memaafkan namun Mustafa ( kanan ) angkuh malah mendakwa mempunyai dokumen membuktikan Umno Selangor menjadi perancang pemeriksaan gereja terbabit.

"Jadi, tindakan saman adalah yang terbaik bagi mempertahan maruah Umno Selangor yang  difitnah," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

    

Mohd Zin berkata Umno Selangor melantik Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak untuk  menjalankan proses perundangan itu.

Peguam Abu Bakar Isa Ramat berkata notis peguam akan dihantar kepada pihak berkenaan dalam masa terdekat dan saman akan difailkan selepas tempoh tujuh hari bekerja di Mahkamah  Tinggi Shah Alam.

    

Mohd Zin berkata selain Mustafa, pihaknya dan peguam yang dilantik juga sedang meneliti untuk menamakan beberapa pihak lain dalam notis saman itu nanti.

    

Beliau berkata pemeriksaan yang dilakukan di DUMC merupakan perkara yang melibatkan penguatkuasaan agama dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

    

azlan Menurutnya Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mendedahkan  perkembangan siasatan berhubung pemeriksaan JAIS di gereja berkenaan dari semasa ke semasa  kepada umum kerana rakyat berhak untuk mengetahuinya.

    

Pada 15 Ogos lepas, Harakah melaporkan Mustafa menyeru pemimpin dan anggota PAS supaya tidak  terjebak dalam 'perangkap' Umno dalam isu JAIS dan gereja.

Beliau mendakwa mendapat maklumat 'dalaman' JAIS bahawa Umno ada peranan  dalam operasi JAIS  di Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya pada 3 Ogos lepas.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS