Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai, pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan, Bharat Maniam dan ketua Wanita MIC Selangor, S Bagiam mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.
Upacara itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara
Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Chiw, 54, yang juga naib pengerusi BN Melaka, dilantik semula selepas penggal pertamanya berakhir pada 2008.
Bharat Maniam yang nama sebenarnya V Subramaniam, 56, dan Bagiam, 52, pula dilantik sebagai senator buat pertama kali.
- Bernama