Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina
Diterbitkan:  Aug 22, 2011 12:06 PM
Dikemaskini: 8:14 AM

Prosiding Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan liwat, akan menyaksikan pihak pembelaan mensepina tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

azlan Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

NONE Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh ( kiri ), pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.

Pada 1998, Anwar cuba membawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah. Bagaiamapun peguam bekas perdana menteri itu berjaya mengketepikan permohonan tersebut.

Pada perbiacaraan membela dirinya yang bermula hari ini, Anwar membacakan kenyataan Bahasa Inggeris sebanyak 32 muka surat dan menegaskan kembali bahawa tuduhan terhadapnya merupakan fitnah yang telah direka dan berniat jahat.

Beliau memilih untuk memberi kenyataan dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dengan pilihannya itu, pihak pendakwaan tidak dibenarkan menyoal-balas beliau.

azlan Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS