Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda PAS syak 'tangan ghaib' di sebalik serbuan

Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menyiasat dakwaan "tangan ghaib Umno" dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja pada awal bulan ini.

NONE Ketua pergerakan itu, Hasbullah Mohd Ridzwan ( berbaju biru ) berkata gesaan itu dibuat susulan kenyataan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali sebelum ini yang mendakwa PAS mempunyai bukti berhubung peranan Umno dalam tindakan berkenaan.

Tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama itu pada 3 Ogos lalu menimbulkan kontroversi apabila banyak pihak membantah kaedah dan tujuan operasi itu dijalankan.

Laporan terperinci daripada JAIS, yang ditunggu ramai pihak, kemudiannya dikatakan muncul di laman blog pro Umno sejak beberapa hari lalu selepas rakaman video berhubung serbuan itu juga tersebar di laman sama.

Perkembangan itu menguatkan lagi syak daripada PAS berhubung dakwaan elemen campurtangan Umno dalam operasi berkenaan.

NONE "Jadi kita minta kerajaan negeri ambil tindakan sewajarnya atas dakwaan ini," kata Hasbullah selepas menyerahkan memorandum berkenaan di Bangunan SUK di Shah Alam hari ini.

Dalam memorandum tersebut, Hasbullah juga berkata "amat malang sekali sekiranya operasi tersebut didalang dan dipengaruhi oleh Umno seperti yang didakwa oleh Datuk Mustafa Ali."

Memorandum berkenaan juga menyebut, Pemuda PAS Selangor bersetuju sekiranya JAIS membuat pendakwaan di mahkamah "sekiranya benar terdapat bukti bahawa ada usaha memurtadkan umat Islam."

Hasbullah dan timbalannya, Mohd Sany Hamzan turut mengadakan pertemuan selama kira-kira setengah jam bersama exco hal ehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Terdahulu, memorandum berkenaan turut diserahkan kepada menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui setiausaha sulitnya, Mustapha Mohd Talib.

ADS