Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Skrip bersumpah' PATI: KDN minta bukti jelas
Diterbitkan:  Aug 19, 2011 11:43 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta ketua Wanita PKR mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaannya bahawa program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' yang menyokong BN.

Ketua setiausahanya Tan Sri Mahmood Adam ( bawah ) berkata, jika tidak Zuraida Kamaruddin harus membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dinyatakan itu.

NONE "Susulan laporan (akhbar) tersebut, KDN menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai satu tuduhan berat kepada kepentingan negara...," katanya.

Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Justeru, anggota parlimen Ampang itu menyifatkan program itu sebagai muslihat untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Mahmud menjelaskan, propgram pemutihan itu - Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) - merupakan inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik.

NONE Sebaliknya, ia bertujuan mendapatkan data biometrik pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk rasional keselamatan, katanya.

Usaha itu, Menurut Mahmud, penting dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.

Mahmud juga berkata data biometrik yang diperoleh daripada program itu dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap PATI dan terbukti berjaya menangani jenayah rentas sempadan.

Jenayah seperti pemerdagangan orang, penyeludupan manusia dapat dikurangkan sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara, katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS