Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas pegawai kanan polis sahkan pertalian Tajudin

Sebarang penyelesaian dengan Tan Sri Tajudin Ramli atau arahan kepada syarikat berkaitan  kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman undang-undang ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu perlu dikaji semula.

Menurut bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, tindakan itu perlu bagi menjamin bahawa kepentingan awam terpelihara bukannya mengambil-kira kepentingan Tajudin atau individu yang mempunyai perhubungan rapat dengan ahli politik tertentu.

"Saya berpendapat ada 'tangan ghaib dan pemain lama' terbabit dalam skandal Penerbangan Malaysia dan yang sekali lagi terlibat pula dalam 'penggabungan' MAS dan AirAsia, baru-baru ini.

NONE "Pelantikan Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pengarah MAS selepas menghilangkan diri dari dunia korporat sejak tahun 1998 menguatkan lagi spekulasi bahawa Wan Azmi dikatakan terlibat memegang RM150 juta bagi pihak (bekas menteri kewangan) Daim Zainuddin ( kanan ).

"Tidak salah bagi rakyat mengesyaki sesuatu yang tidak kena atau bimbang bahawa apa yang telah berlaku dengan Tajudin boleh berulang lagi dengan tindakan terbaru ini. Rakyat berhak mengetahui secara terperinci terma dan syarat-syarat perjanjian (MAS-AirAsia) ini, " kata Mat Zain dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS