Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penulis blog tak gentar dedah dokumen
Diterbitkan:  Aug 18, 2011 6:22 PM
Dikemaskini: 10:34 AM

Penulis blog pro-Umno yang berpotensi disiasat atas dakwaan mengedarkan dokumen palsu berhubung campurtangan pemimpin Pakatan Rakyat dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini mengaku tidak gentar pada semua itu.

"Gomo tidak gentar mahupun takut dengan laporan polis yang dibuat oleh mereka ini kerana menjadi tugas Gomo sebagai seorang Umat Islam untuk mendedahkan kebenaran agar seluruh rakyat Malaysia tahu kebenaran yang sewajarnya disampaikan," kata penulis itu yang dikenali sebagai Papa Gomo.

NONE Memetik beberapa laporan media, penulis blog itu mendakwa, pengakuan pegawai MBPJ - antaranya yang mendakwa DUMC membina gereja di tempat tidak dibenarkan - menunjukkan fakta dalam dokumen itu ( kanan ) betul.

Mstar pada 9 Ogos lalu melaporkan Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ Nurul’ Ain Abdul Rahman sebagai berkata, berlaku salah guna apabila pemohonan atas nama pusat komuniti dan bukannya gereja.

"Dalam kenyataan ini jelas menunjukkan kepada kita semua bahawa memang terdapat keraguan yang munasabah yang mana menyebabkan MBPJ gagal melaksanakan kewajipan mereka sebagai agensi yang melaksanakan undang undang PBT.

"Apakah sebab yang memaksa MBPJ masih lagi gagal bertindak ke atas bangunan DUMC?," katanya.

Kelmarin, seorang ahli majlis MBPJ, Latheefa Koya berkata, satu laporan polis dibuat ke atas penulis blog tersebut, berhubung dakwaan fitnah tersebut.

NONE Sementara Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad - antara salah seorang yang didakwa mengarahkan pembatalan operasi penyitaan bangunan itu menyifatkannya sebagai fitnah dan mahu membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia (SKMM)

Dokume n dengan label "Sulit" bertajuk "Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya" itu dimuatkan di laman blog "Papa Gomo" sejak 13 Ogos lalu.

MBPJ menafikan dakwaan dalam dokumen itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS