Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah: Bersyukur dengan keamanan Malaysia
Diterbitkan:  Aug 18, 2011 8:13 AM
Dikemaskini: 12:18 AM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata rakyat Malaysia amat bernasib baik kerana dapat menjalani kehidupan pelbagai kaum secara harmoni dan dalam suasana aman dan damai.

NONE Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bersyukur dengan keamanan negara hingga membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding rakyat di beberapa negara asing yang kini bergolak dan dilanda krisis kebuluran.

"Seharusnya rakyat di Malaysia bersyukur kerana negara kita bukan sahaja cukup makan, cukup pakai malah selamat...tidak ada orang hendak mengacau kita," katanya ketika berucap pada program Rahmat Ramadan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, malam semalam.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

bersih rally 090711 police kick protestor story image Rosmah juga memuji kecekapan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan negara walaupun sering dikritik sesetengah pihak.   

Program Rahmat Ramadan, anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama-sama 25 organisasi bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan agensi kerajaan, meraikan kira-kira 5,000 orang kumpulan sasar kementerian itu.

Kumpulan sasar itu merangkumi penghuni institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), orang kelainan upaya (OKU), kanak-kanak, warga emas, orang gelandangan dan keluarga miskin.

"Program Rahmat Ramadan adalah program tradisi kementerian yang dijalankan sejak enam tahun lepas khususnya pada Ramadan bagi meraikan kumpulan sasar kementerian," kata Shahrizat.

Beliau berkata program itu juga bertujuan menggalak dan memupuk sikap penyayang serta prihatin di kalangan masyarakat.

Antara agensi kerajaan, syarikat korporat dan NGO yang menyertai program itu ialah Berjaya Corporation, AmBank, Maybank, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), BMW Motorsports dan Telekom Malaysia (TM).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS