Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazri: JK khas teliti gubal undang-undang baru p'raya
Diterbitkan:  Aug 17, 2011 11:41 AM
Dikemaskini: 6:18 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya akan meneliti penggubalan undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses pilihan raya umum akan datang berjalan dengan bebas, adil dan demokratik.

"Jawatankuasa tersebut akan menyediakan laporan mengenai isu-isu pilihan raya, diikuti perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencapai beberapa kesimpulan.

azlan "Kesimpulannya itu kemudiannya akan dihantar kepada Pejabat Peguam

Negara untuk disemak sebelum diluluskan oleh kabinet, dan akhirnya dibentangkan di Parlimen untuk dijadikan undang-undang," kata Nazri yang dipetik dalam laporan akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew.

Nazri juga berkata, walaupun penggubalan undang-undang adalah satu proses yang panjang, tetapi kerajaan berharap untuk melaksanakannya sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Kerajaan perlu mengadakan pilihan raya umum sebelum Mac 2013. Jika pilihan raya umum jatuh pada tahun 2013, undang-undang baru itu akan digunakan, tetapi saya tidak tahu bila pilihan raya umum akan datang. Perdana menteri saja yang tahu," tambahnya.

Menurut Nazri, kabinet akan membincangkan penubuhan jawatankuasa itu hari ini, termasuk terma rujukannya, jumlah anggota dan siapakah wakil dari BN.

Beliau menjangka jawatankuasa itu akan diketuai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala wakil-wakil pembangkang pula akan diputuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Nazri lagi, kabinet, dalam mesyuarat mingguan Rabu lalu, telah membincangkan permintaan Pakatan Rakyat supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, berhubung dakwaan penduduk tetap diberi kewarganegaraan dan hak mengundi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS