Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Selepas 'pengundi klon' PAS dakwa ada 'ahli Umno klon'

Fenomena individu yang mempunyai lebih daripada satu identiti bukan sahaja terhad kepada daftar pemilih tetapi menurut PAS, mereka mempunyai bukti bahawa ‘pengundi klon’ berkenaan mempunyai dua MyKad dan juga dua keahlian Umno.

NONE Berikutan pendedahannya minggu lalu bahawa terdapat tiga ‘pengundi klon’ yang memegang keahlian Umno, ketua pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat berkata semakannya di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan data keahlian anggota Umno mendapati beberapa ahli Umno juga mempunyai ‘klon’ dalam parti itu.

“Bukti-bukti yang Dewan Pemuda PAS berikan hanyalah tiga daripada ribuan data yang dimiliki. Tiga data ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa sesuatu yang serius sedang berlaku dalam sistem maklumat negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Semakan Malaysiakini di portal JPN - yang membenarkan orang ramai membuat semakan status dokumen pengenalan - mengesahkan bahawa pemilik tiga MyKad itu juga mempunyai MyKad tambahan.

Perbezaan kedua-dua MyKad itu adalah dua dua digit terakhir kad pengenalan masing-masing.

Tiga pengundi klon/ahli Umno yang didakwa itu adalah:

1. Azhar bin Ahmad

NONE MyKad pertama: 680713095049 (sah)

Lokaliti: Batu 13

Daerah mengundi: Tasoh

DUN: Beseri

Parlimen: Padang Besar

No ahli Umno: 00412036

Negeri: Perlis

Bahagian: Padang Besar

DUN: Beseri

Cawangan: Batu Hampar Beseri

MyKad kedua: 680713095057 (valid)

Lokaliti: Kg Baru Chuping

Daerah mengundi: Sg Buloh

DUN: Chuping

Parlimen: Padang Besar

No ahli Umno: 01167397

Negeri: Perlis

Bahagian: Padang Besar

DUN: Chuping

Cawangan: Kampong Baru Sungai Serai

2. Besah binti Mat

NONE MyKad pertama: 450713095002 (sah)

Lokaliti: Telaga Haji Abd Latiff

Daerah mengundi: Changkat Jawi

DUN: Guar Sanji

Parlimen: Arau

No ahli Umno: 00405301

Negeri: Perlis

Bahagian: Arau

DUN: Guar Sanji

Cawangan: Telaga Hj Latiff

MyKad kedua: 450713095010 (valid)

Lokaliti: Jejawi Batas

Daerah mengundi: Alor Lanchang

DUN: Sena

Parlimen: Kangar

No ahli Umno: 00401132

Negeri: Perlis

Bahagian: Kangar

DUN: Sena

Cawangan: Jejawi

3. Mansor bin Ahmad

NONE MyKad pertama: 481104025705 (sah)

Lokaliti: Felda Bkt Tangga

Daerah mengundi: Felda Bkt Tangga

DUN: Bukit Kayu Hitam

Parlimen: Kubang Pasu

No ahli Umno: 00145824

Negeri: Kedah

Bahagian: Kubang Pasu

DUN: Bukit Kayu Hitam

Cawangan: Felda Bukit Tangga

MyKad kedua: 481104025713 (valid)

Lokaliti: Kampong Masjid

Daerah mengundi: Felda Batu Lapan

DUN: Bukit Kayu Hitam

Parlimen: Kubang Pasu

No ahli Umno: 00144136

Negeri: Kedah

Bahagian: Kubang Pasu

DUN: Bukit Kayu Hitam

Cawangan: Pekan Changlun

Malaysiakini masih belum dapat mengesahkan status pengundi mereka kerana sistem pengesahan dalam talian SPR tidak berfungsi sejak pagi ini.

Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, maka adalah mustahil bagi Umno tidak mengetahui manipulasi yang berlaku itu.

azlan “Manipulasi ini bukan sahaja melibatkan SPR tetapi melibatkan secara terus kepada pertubuhan Umno, sebuah parti yang menjadi tunggak pemerintah BN yang semakin reput dimamah usia...

“Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.

“Seterusnya Umno bakal berdepan dengan krisis 1988 yang menyebabkan pertubuhannya diharamkan. Ini merupakan manipulasi yang sangat serius berlaku dalam negara. Ahli-ahli Umno berhak mendapat penjelasan daripada presiden mereka,” kata Suhaizan.

Menurut beliau lagi, presiden Umno dan ketua Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menjelaskan kepada rakyat di negara ini berhubung manipulasi yang berlaku.

azlan “Pemuda PAS juga mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia bagaimana Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad boleh mengundi dua kali.

“Tan Seri Aziz, Pengerusi SPR jangan hanya mencari alasan bahawa manipulasi ini hanyalah perkara kecil. Kalau manipulasi ini kecil bagaimana Dewan Pemuda PAS boleh memiliki ribuan bukti terhadap masalah ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, suatu badan bebas harus ditubuhkan untuk menyiasat manipulasi yang telah dibuktikan selama ini.

[Baca berita penuh]

ADS