Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hindraf kumpul bukti terhadap k'jaan British
Diterbitkan:  Aug 14, 2011 5:28 PM
Dikemaskini: 11:50 PM

Suresh Grover, peguam yang bertindak bagi pihak Hindraf - badan hak Hindu yang diharamkan - sedang menemui masyarakat India di Malaysia untuk mengumpul bukti bagi saman sivil terhadap kerajaan British.

NONE Saman tersebut difailkan oleh pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy

(kanan) pada 2007, sebelum kumpulan itu diharamkan dan pemimpinnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau terpaksa melarikan diri ke luar negara.

"Oleh kerana masa yang terhad, kita perlu pergi ke mahkamah sebelum 30 Ogos 2013," kata Grover, menjelaskan mengapa beliau pergi segera mengumpulkan bukti tersebut.

Beliau memberitahu demikian kepada lebih 1,500 penyokong Hindraf dan anggota masyarakat India di Dewan Perhimpunan Hokkien, Klang hari ini.

Grover dijadual berkunjung ke seluruh  Malaysia untuk bertemu lebih ramai masyarakat India untuk menjelaskan tentang cabaran undang-undang, mengumpulkan bukti serta menambah nama pada senarai pihak yang menuntut.

Saman sivil tersebut bertujuan untuk mendapatkan gantirugi kepada masyarakat India, yang didakwa Hindraf, menjadi mangsa dibawa ke Malaya oleh pihak British, mengakibatkan mereka hidup dalam kemiskinan tegar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS