Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAS-AirAsia gabung bagi bersaing di peringkat global
Diterbitkan:  Aug 13, 2011 4:49 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

Kerjasama Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia Bhd bertujuan memastikan kedua-dua entiti penerbangan negara mampu bersaing di peringkat global, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

husni eon bank function 120310 ahmad husni Beliau berkata, langkah itu perlu dilihat daripada segi jangka masa panjang dan perkhidmatan yang dapat diselaraskan bagi menghadapi persaingan di peringkat dunia terutama pesaing dari negara Asia Barat.

"Negara-negara tersebut yang juga pengeluar utama minyak memberikan saingan yang hebat kepada dunia kerana entiti penerbangan mereka mampu menawarkan harga tiket lebih murah berbanding entiti yang sama di seluruh dunia.

"Untuk itu, MAS dan AirAsia tidak boleh menjadi dua entiti yang bersaing antara sama lain bagi menghadapi persaingan global," katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Pasaraya Mydin di Kampung Manjoi di Ipoh hari ini.

azlan Ahmad Husni berkata, bagi menghadapi saingan global, kerajaan membuat keputusan menghapuskan saingan antara dua entiti penerbangan iaitu MAS dan AirAsia.

Katanya, MAS kini berhadapan dengan kos operasi yang semakin tinggi dan melalui penggabungan ini, entiti syarikat itu dapat distruktur semula.

"Kita percaya dengan berdasarkan pengalaman MAS dan AirAsia, kekuatan kini boleh ditumpukan bagi mengukuhkan lagi kedua-dua entiti penerbangan negara," katanya ketika mengulas kebimbangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengenai isu itu.

Ahmad Husni menegaskan bahawa sebagai syarikat penerbangan negara, saham MAS tidak akan dijual kepada pihak luar.

NONE Katanya, 50 peratus saham MAS tetap dipegang Khazanah Nasional Berhad yang berada di bawah Kementerian Kewangan manakala 30 peratus lagi kini di bawah penguasaan beberapa agensi berkaitan kerajaan (GLC) manakala selebihnya milik pelabur tempatan.

"Tidak timbul isu saham tersebut akan terjual dan tergadai kepada pihak ketiga... saham tersebut tidak akan dikuasai oleh pihak luar sebaliknya tetap dimiliki pemegang saham tempatan," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS