Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gereja: JAIS bertindak 'tanpa kuasa sepatutnya'
Diterbitkan:  Aug 12, 2011 2:30 PM
Dikemaskini: 10:25 PM

Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) menyelar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana membuat serbuan ke atas premisnya pada 3 Ogos lalu "tanpa kuasa yang sepatutnya di bawah undang-undang".

DUMC mengulangi bahawa JAIS dan anggota polis datang ke premisnya - Dream Centre - tanpa waran geledah.

NONE Dalam satu kenyataan hari ini, pastor Daniel Ho berkata, mereka telah

menceroboh majlis makan malam kesyukuran dan terganggu program tersebut.

"Mereka ambil gambar dan video apabila mereka datang," kata Ho, sambil menambah mereka terus merakam dan mengambil gambar walaupun selepas keluar dewan.

Pegawai JAIS, tegasnya, memberi beberapa amaran keras kepada pihak penganjur kerana enggan bekerjasama dengan tuntutan mereka.

Pada masa yang sama, tambahnya, ramai anggota berpakaian biasa bermotosikal memasuki perkarangan Dream Centre dan sekitar kawasan tersebut.

DUMC membuat kenyataan itu seminggu selepas serbuan tersebut Rabu lalu oleh 20 hingga 30 pegawai JAIS, yang menurut DUMC, tidak mempunyai apa-apa jenis waran.

Bagaimanapun, pastor itu tidak menyentuh tentang dakwaan bahawa gereja itu terbabit dalam usaha memurtadkan orang Islam.

Semalam, JAIS dalam kenyataannya menafikan pihaknya "menyerbu" DUMC dan menegaskan tiada sebarang bentuk kekerasan yang digunakan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS