Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ekoran pendedahan mengenai pengundi 'klon', PAS mendakwa parti itu mendapati antara mereka yang mempunyai identiti berganda dalam daftar pemilih, adalah ahli Umno.

NONE Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat, hari ini mendedahkan tiga lagi

'pengundi klon' di mana identiti berganda mereka masih ada dalam lamanweb pengesahan dalam talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan Malaysiakini mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai identiti berganda dengan nama, alamat dan kawasan pilihan raya yang sama tetapi nombor MyKad yang sedikit berbeza.

Semakan dengan lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan diri, mendapati satu daripada MyKad mereka adalah tidak sah.

Ketiga-tiga kes baru ini berbeza dengan kes-kes sebelum ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini , yang kemudiannya dibuang oleh SPR dari senarai pemilih.

Mereka tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama, dan identiti berganda mereka berkongsi alamat yang sama tetapi ditulis dalam format yang berbeza.

NONE Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka adalah ahli Umno.

Suhaizan mendakwa ketiga-tiga mereka adalah ahli sayap Puteri Umno dan Pemuda Umno.

Beliau disyaki 'pengundi klon' tersebut telah dibenarkan mengundi dua kali, dengan meyakinkan pegawai SPR semasa pengundian, dengan menggunakan:

- MyKad palsu;

- Lesen palsu memandu;

- MyKad tulen tetapi dibenarkan mengundi kerana kesilapan kecil        dalam nombor MyKad;

- Borang 11 untuk mengisytiharkan bahawa pengundi adalah orang       yang namanya terdapat dalam daftar pemilih; dan     

- Cara-cara lain yang sesuai.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu akhbar Sin Chew Daily bahawa isu identiti berganda adalah akibat kesilapan manusia ketika memasukkan nombor MyKad ke dalam sistem.

NONE Katanya, sesetengah pengundi mungkin mendaftar dua kali kerana nombor MyKad mereka tidak betul dimasukkan semasa pendaftaran kali pertama.

Jadi mereka mendaftar sekali lagi apabila mendapat tahu nama mereka tidak ada dalam daftar pemilih, mengakibatkan terdapat dua identiti.

Butir-butir terperinci tiga pengundi 'klon' yang ditemui oleh PAS adalah seperti berikut:

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS