Jawatankuasa kerja Pakatan Rakyat hari ini mengadakan mesyuarat pertamanya bagi membincangkan belanjawan alternatif, sekali gus mendepani pengumuman Belanjawan 2012 pada Oktober.
Anggota jawatankuasanya Dzulkefly Ahmad ( kanan ) berkata hasil perbincangannya akan dikeluarkan sebelum kerajaan pusat mengumumkan belanjawannya.
Bagaimanapun, anggota parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, ia bukan belanjawan bayangan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.
Bercakap dalam sidang media di pejabat Pakatan di Petaling Jaya hari ini, Dzulkefly berkata, gabungan itu akan menagmbil pendekatan strategik, di mana semua parameter sektor akan diambil kira.