Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Satu ciri paling utama pada diri Azmin Ali ialah kesetiaannya yang tidak berbelah bagi kepada parti, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Namun, Azmin juga tetap menerima kritikan kerana pendekatannya yang disifatkan sebagai kasar dan juga kerana memendam cita-cita tinggi dalam parti.

NONE Azmin (foto kiri) kini mewakili kawasan parlimen Gombak dan juga kawasan DUN Bukit Antarabangsa selain menjawat kedudukan sebagai ketua PKR Selangor.

Kebangkitannya yang cepat dalam PKR menarik perhatian ramai namun dalam pada itu ia turut mencalar imejnya apabila beliau bertelagah dengan seorang lagi pemimpin kanan parti – Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin turut menerima kritikan berhubung masalah yang dihadapi PKR berhubung pemilihan langsung yang dijalankan parti itu sehingga beliau dituduh memanipulasi pemilihan sehingga membolehkan beliau dipilih ke jawatan timbalan presiden,

Wan Azizah bagaimanapun berkata, pihak yang menyuarakan kritikan itu perlu melihat keremajaan Azmin dalam politik.

Kesetiaan Azmin

Walau dengan kelemahan itu, Azmin telah memberi sumbangan yang besar kepada parti dan kesetiannya juga tidak perlu diragui, kata Wan Azizah lagi.

NONE "Dia masih muda dan jika anda bandingkan dia dengan (bekas timbalan presiden) Senator Syed Husin Ali, tentulah ada perbezaan umur dan juga pengalaman. Tapi berilah masa, dia akan matang.

"Azmin pun sememangnya seorang pemimpin kanan dan dia telah mencapai kedudukan kedua tertinggi, jadi saya rasa berilah masa supaya lebih berpengalaman," katanya lagi yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Azmin setakat ini.

Azmin juga merupakan pengerusi jawatankuasa pilihan raya pusat dan bertanggungjawab ke atas rancangan PKR dalam menentukan agihan kerusi dengan anggota Pakatan Rakyat.

"Beliau melakukan semua itu dan memberikan kepada kami analisis mengenai rundingan kerusi dan memberi panduan kepada negeri-negeri lain," jelasnya.

Tindakan wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti sebelum ini juga dikaitkan dengan kepemimpinan Azmin dalam parti.

Lompat parti kerana tamak

Menyentuh soal berkenaan, Wan Azizah berkata wakil rakyat berkenaan bertindak demikian antara lainnya kerana sifat tamak mereka.

pkr election convention anwar ibrahim and wan azizah "Apabila Anwar keluar daripada penjara, ramai orang datang (ke dalam PKR). Mungkin mereka melihat bahawa kita akan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya 2008 – itu yang menarik mereka.

"Apabila ia tidak berlaku dan ia tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka beredar.

"Jika anda lihat kembali sejarah mereka dengan dengan dalam, mereka daripada sebelah sana (Umno). Jadi saya agak selepas beberapa ketika, mereka tergoda dan membuat pilihan mereka," katanya.

Wan Azizah juga yakin bahawa anggota parti sedia ada akan kekal setia dengan perjuangan parti.

Bagi tujuan itu, barisan calon yang akan dipertaruhkan dalam pilihan raya umum ke-13 juga akan disaring dengan teliti, katanya lagi.

"Setakat ini, (calon) yang bersama kami adalah setia dan telah menunjukkan komitmen secukupnya. Kita ada kriteria, kita ada jawatankuasa untuk menanganinya," kata Wan Azizah.

 


Wawancara dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail dijalankan oleh Hafiz Yatim, Nigel Aw dan Salhan K Ahmad.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS